Yoma Claymore (manga)

Yoma adalah antagonis utama untuk bahagian pertama siri Claymore, juga merupakan spesies raksasa yang hidup bersama-sama manusia dalam dunia Claymore.

Yoma boleh membesar di antara 2 hingga 3 meter dalam ketinggian. Tubuh mereka dari segi bentuk secara umumnya tidak berbeza dengan manusia, kecuali bahagian perut mereka dan ke atas adalah lebih berotot, sekaligus memberi mereka kesukaran untuk berdiri menegak dan terpaksa membongkok. Ramai Yoma mempunyai barisan-barisan ceracak pendek yang terletak di bahagian atas belakang mereka. Anggota badan mereka adalah panjang-panjang, dan mereka mempunyai rahang yang dipenuhi taring-taring dan mempunyai telinga orang bunian.

Secara keseluruhannya, Yoma dianggap lebih unggul daripada manusia. Keupayaan intelek mereka adalah setara dengan manusia, namun kadang-kala dipengaruhi oleh sifat liar mereka. Kekuatan, kepantasan, dan ketahanan mereka jauh melangkaui batas-batas manusia biasa, membenarkan Yoma biasa untuk menyerang sekumpulan manusia yang tidak bersenjata atau sekumpulan kecil manusia yang bersenjata dengan bebas. Seorang Yoma sahaja pernah digambarkan menggerunkan sekumpulan penjahat-penjahat yang bersenjata. Keupayaan menyembuh di kalangan Yoma membolehkan mereka terselamat daripada kecederaan dalam dan sembuh lebih cepat daripada biasa. Bahagian badan yang tidak boleh tumbuh semula oleh manusia, contohnya seperti mata, akan tumbuh semula di kalangan Yome dalam beberapa hari.

Antara aset kaum Yoma yang paling menonjol adalah keupayaan mereka untuk mengubah bentuk badan mereka. Setiap Yoma mampu memampatkan diri mereka yang besar dan mengubah bentuk serta warna badan mereka menjadi bentuk manusia secara fizikalnya. Kebolehan ini adalah cekap sekali, dan mana-mana bentuk manusia yang ditirunya adalah serupa dengan yang asal, dan ia adalah hampir mustahil untuk membezakan mereka. Dengan melapah otak-otak manusia, Yoma berupaya untuk menyerap memori serta personaliti mereka. Dengan menggabungkan kedua-dua kebolehan ini, Yoma mampu melengkapkan diri mereka untuk suatu penyamaran yang unggul, menggantikan sesiapa sahaja dalam mana-mana pekan atau komuniti tanpa mendedahkan identiti mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun keluarga atau sahabat handai.

Yoma yang lebih tua dan berpengalaman akhirnya belajar mengeksploitasi kebolehan mengubah bentuk badan mereka untuk kegunaan pemburuan mereka. Ini selalunya melibatkan pemanjangan jari atau anggota badan mereka pada kelajuan yang tinggi. Digabungkan dengan sifat ketahanan mereka, golongan Yoma mampu menggunakan teknik ini untuk menembusi perisai manusia dari jarak sejauh sepuluh meter dengan satu tumbukan, memberi mereka kelebihan dari segi jarak serangan apabila berlawanan dengan para Claymore. Yoma yang lain pernah membuktikan keupayaan mereka untuk menumbuhkan sayap-sayap berupa kelawar, membenarkan mereka terbang di udara dan melakukan serangan dari atas.

Yoma hidup bersendirian secara asalnya, selalunya mengelak daripada bertemu golongan mereka sendiri. Namun, ada juga keadaan di mana sekumpulan Yoma bersatu untuk melindungi diri mereka daripada Claymore. Dalam kes-kes yang melampau, kumpulan-kumpulan ini boleh terdiri daripada dua atau tiga dozen Yoma.

Bagaimanapun, kebelakangan ini sekumpulan besar Yoma telah mula berkumpul di bawah sepanduk Awakened, iaitu bekas Claymore yang telah kehilangan bahagian manusia mereka dan ditakluki baka Yoma.